Welcome! +Follow or Dashboard
Her Fantasy





LEMBIK SANGATTTTT
Friday 21 April 2017 | 4/21/2017 10:06:00 pm | 0 comment[s]
Image result for wilt rose tumblr


Assalamualaikum.
(post ini adalah sambungan post sebelum ini)

Kawan aku sorang ni ada cakap kat aku, "chap, maybe hari ni bad luck day kau kot". Thanks for stating that for me, hehe :) (but, yes, i do agree with you)

Straight to the point, lepas keluar je dewan, naik kelas pe semua, aku still okay walaupun resah gak sebenarnya sebab fikir macam mana nak mintak kat cikgu balik. So waktu VIVA syariah tadi, aku dengan Syera keluar jap sebab nak settle barang2 Pana (cite lain, malas nak sentuh). Balik kelas semula lepas dah settle pasal tadi (tak settle semua, tapi scratch that), masuk kelas ramai tanya pasal phone aku. Sebenarnya physically aku okay, mentally sumpah teroxxxx hahaha

Aku hampir hampir nak terlepas segalanya kat Sofiah, means aku hampir nak termarah dia. Sebab too many people keep asking me the same thing, which is the thing I don't want to talk about at the moment. Dia tanya macam mana tah tapi pasal phone aku, pastu aku terus cam "boleh tak jangan tanya" lebih kurang camtu la tapi suara aku macam dah mula nak meninggi sikit. Aku tersedar and waktu tu Sofi terus blah and I know once again, I made a mistake. So aku terus kejar Sofi semula, aku backhug dia sambil minta maaf. Aku nak explain everything but I just couldn't, sebab air mata aku dah start bertakung, I'm afraid she'll see that and I don't like it. I mean, tempat terbuka kot nak nangis pahal hahhaha. sumpah mental aku tak stabil time tu. Aku terus blah masuk kelas. (Aku mintak maaf sangat sangat tau, Sofiiiiiiiiiiiii T_T Serious tak terniat nak tinggi suara kat kau, I really am sorry T_T)

Aku berjaya tahan daripada leleh habis lepas tu. Time VIVA still berjalan, aku bawak laptop aku gi belakang kelas nak print bahan KK PAM. Sampai belakang, boO0Mm laptop aku ter shut down terus, sebab laptop aku problem, kena charge sentiasa kalau nak guna (ok taknak explain). I was still okay though sebab benda biasa berlaku.

Lepas dah charge semula, long story short, aku nak install printer tu dalam laptop aku, tapi FAILED miserably, twice kot. Aku time tu serabut gila. Rasa nak mencarut, haha. Tapi aku tahan. Aku mintak nak print guna laptop Huda sebab masa tu dia lepas habis print. and oh, lupa nak mention yang laptop aku problem lain dia ialah tah mende tah tapi takleh nak cucuk pendrive ke apa sebab nantii pendrive tu dijangkiti kuman virus segalanya. So aku takleh nak transfer file aku ke laptop Huda guna pendrive.

Sent guna email, tapi internet slow namatey. Berbekalkan hotspot Ilham, (thanks princess T_T) kat laptop aku punya laju je, tapi kat laptop Huda tetiba dia cam still loading. Lama. Pastu laptop dia asyik hang sampai dia terpaksa shut down pastu on semula laptop dia, Banyak kali. Aku rasa serba salah gila.

Pastu tiba tiba (lepas VIVA dah habis, ustazah dah keluar), ada someone cakap "Papa (cikgu PAM) ada kat bilik dia sampai pukul 1 je!" which means time tu aku ada 30 minit je nak settle kan print bahan tu. Aku dah gelabah gila, dalam kepala otak sepatutnya banyakkan zikir, tapi time tu stress pe semua aku rasa nak mencarut memanjang, huhu. Astaghfirullah. 

Alhamdulillah Huda kat sebelah asyik nasihat aku suruh sabar, tenang pe semua. Aku nak nangis dah time tu. Sebab laptop aku problem, file takleh transfer, hantar email internet slow, pastu dengan serba salah pinjam internet ilham sebab aku tahu dia kena balik awal sebab nak elak jam (hari Jumaat en orang balik office pastu nak solat Jumaat whatnot). So dia terpaksa tunggu. Sumpah serabut gila masa tu.

Alhamdulillah sekali lagi, Mawaddah try install printer tu kat laptop dia, and berjaya! So aku terus email sekali lagi kat Mawad pastu dia dah download file tu tapi bila bukak, KOSONG. BLANK. Aku lagi ah panassss je, 'like seriously now???'. Sekali lagi bila dah okay file pun ada, terus print baru aku lega sikit. Tu pun aku still stress tau. Pastu not sure exactly who yang tanya pasal phone aku sekali lagi, time tu aku memang di hujung tanduk je aku nak leleh air mata. 

Bila someone datang comfort aku, aku terus berderai weh. Sambil kemas2 barang, pandangan aku kabur je sebab dah start nangis. Memalukan je la chap! Lagi diorang comfort aku, lagi laju air mata aku menderu, hahaha ayat taknak kalah! Sorry sesiapa yang aku macam menolak korang comfort aku, sebab kalau tak aku lagi nangis weh, serious sorryyyy. But, I really appreciate your kindness!! <3

Pastu balik asrama, ada lagi yang bertanya, and aku tak salahkan korang sebab curious en, aku faham tapi waktu tu, waktu tu aku tengah mental breakdown, aku takleh fikir dengan waras, hahaha. Tengah makan dalam DM bila cite lagi kat diorang benda yang sama, aku nangis lagi. Tengah makan tu weh! Haha! Naik kelas sebab ada la benda aku kena settle, tiba tiba siapa tah aku takleh nak ingat, tegur aku "eh, chap tu gelang tercabut".

"Gelang" tu actually glow stick tu yang aku buat jadi macam gelang and aku letak kunci loker aku kat situ. Tapi gelang tercabut, kunci tah cicir kat mana. Time tu aku sekali lagi memang nangis habis ah. Nangis kali tu aku memang takleh tahan lagi. Aku memang lepas "KENAPA JADI MACAM NI?!!" tapi aku terus sedar diri takut aku menyalahkan takdir, Aku diam je tapi air mata masih menderuuu. Aku terus masuk bilik belakang dalam kelas, Aku cuba chill kat situ. Sambil dengar khutbah kat surau sebelah, aku try baca buku yang ada dalam tu. Aku stop dah. Macam dah okay sikit. Tapi bila Sai masuk, ajak balik. Aku terus rasa bertakung sekali lagi. Aku suruh dia keluar, aku bukan taknak balik tapi aku takde mood nak bergerak, Aku nak tidur. 

Auni pulak masuk pujuk aku. Auni cakap lebih kurang camni, "Chap jom la balik. Balik dorm, baring baring, rehat jap." to which I replied, "boleh tak Auni keluar jap". THIS!! Aku rasa cam rude gila lepas cakap centu. Auni, sorry serious time tu tak dapat kawal perasan. Sorry kalau aku sound so rude T_T

Sudahnya aku balik terus tanpa tunggu diorang sebab aku taknak nangis lagi dah. Sebab kalau dengan someone masa tu, aku rasa aku takleh berhenti nangis. Lagi orang pujuk aku, lagi aku berderai T_T In the end, aku tak tuntut pun phone aku kat cikgu tu sebab dengan keadaan aku macam tu, memang tak ah aku nak hadap orang lain, kalau dengan kawan2 sendiri pun aku nak mengelak. Tengah jalan balik ke asrama semula tu pun bertakung lagi air mata. Aku siap jerit "PLEASE AH CHAP STOP!" but still takleh.

Balik dorm aku gi toilet, time ambik wudhuk pun nangis lagi weh!!! Nasib toilet kosong masa tu. Tengah solat pun bertakung. Pastu aku terus tidur sementara tunggu pukul 3 sebab abang aku datang ambik aku balik wajib pukul 3. Lepas bangun tidur, kepala pusing, pening weh.

Ni dah dekat rumah, ibu balik kerja, pastu waktu salam ibu, aku nak nangis lagi. Cane nak cite kat ibu semuanya kalau asyik tak dapat tahan nangis. Pastu pagi lagi tadi, aku asyik teringat ibu. Next week dengan next week lagi, ibu gi hospital nak operate ke camne. Tak rasa nak cite sini. (Please pray for my mum and harap semua berjalan lancar).

Sebenarnya, beberapa hari lepas aku ada terniat balik wajib ni ingat nak tinggal phone kat rumah sebab taknak ada gangguan, next week trial Sem 2 dah. Tuptup Allah dah tentukan aku memang tak dapat guna phone pun, cuma bezanya cikgu yang rampas. Okay tu je. Lebih lebih lagi kang banjir lak rumah ni.

And to those yang support aku lagi tadi, thank you!! <3

See? Aku lembik namatey!!



HISTORY MYSTERY




Ketchap for short

Twitter Ask.fm




♥ Leave your message here ♥
Thank you. :)




Background : Mr. Truzzy
Director/Designer : Me
Tutorial Resources : Aien
Best View : Mr. Google Chrome
Credits for Basecodes & Others :