Welcome! +Follow or Dashboard
Her Fantasy





So Precious.
Monday, 23 December 2013 | Monday, December 23, 2013 | 0 comment[s]

Assalamualaikum :)

Lebih kurang pukul 2 pagi tadi, aku turun bawah. Kat bilik aku tak buat apa pun. Baring baring, golek golek, pusing kiri kanan, tak boleh tidur jugak. So, aku turun bawah je lah. Kat bawah, yang lain tak tidur lagi kecuali fawwaz, mu'adz and ibu ayah. Pahal lah diorang tak tidur lagi? hm. Then, aku bukak pintu, nak ambik udara segar pepagi buta. Tiba tiba aku ternampak kucing kat luar rumah, dalam kotak.



Oh, poor little thing! Sebenarnya, dua hari lepas, ayah terjumpa kucing ni kat dalam longkang. Ayah ambik, mandikan. Dan, akhirnya bersih jugak :')

sorry, gambar terbalik

Bila dah bersih tu, bulu dia jadi gebuuuuu sangatttt :3 Comeeelllll. Pastu, kucing tu asyik mengiau jeee. Ayah ambik dia, bagi susu. Tapi lepas tu, dia muntah balik. Hmm kitorang bukan ada pengalaman pun bela kucing. Then, ayah ambik satu kotak, letak kain kat dalam tu, pastu masukkan kucing. Kesian pulak aku tengok.



Sebenarnya masa ayah jumpa dia tu, dia macam dah nak mati dah :'( Sebab dah lama rasanya dia terbiar kat situ. Ibu dia pulak tak tahu kat mana. Okay, berbalik pada cerita asal. Pagi tadi aku keluar kejap, and terperasan kucing tu. Bukak lampu luar rumah, tiba tiba aku ternampak something ((dekat kucing tu)).



Aku tengok dekat dekat... Semut api! Aku tengok tadi kucing tu lena je tidur, tiba tiba dia terbangun, asyik ke sana ke sini. Aku terus cabut semut semut tu, sebab dia melekat kat bulu kucing tu. Kesiaaaannnnn :'( Pastu, aku check kotak tu. Oh, patutlah. Ada orang bagi kucing tu makanan ((not sure apa benda)). So, bila makanan tu dah terbiar lama kat situ, semut pun datang lah. And so, aku ambik sisa makanan tadi and baling jauh jauh. Sakit hati pulak aku. Hahahahhaha.



Tapi lepas tu, kucing tu asyik mengiau je. Aku tak tahu apa patut aku buat. Aku tengok je dia lama lama. Ke sana. Ke sini. Ke situ. At last, dia stop. Eh, pahal lak ni? Aku tengok je lah, tak berani nak sentuh. Pastu, ketuk kotak tadi slow slow, kucing tu gerak gerak sikit, and diam balik. Oh, tidur ke.....hahahhaa. Cuak kot. Tiba tiba aku terbau ada benda busuk. Check punya check, lahai.. muntah pulak si comel ni. Aku biarkan je, sebab aku tak tahu nak buat apa!!! T.T Aku time tu mengharapkan ayah aku je. Tapi ayah aku tengah tidur. Ye lah, time tu dah pukul 3. Memang ah en.

Aku kesian dengan kucing tu. Tapi aku lagi kesian dengan diri aku. T.T sobs sobs... Sampai pagi ni, ((7.45am)) alhamdulillah, kucing tu still okay. Tengah tidur lagi kot. :')


Aku harap aku cukup berani dan pandai uruskan kucing ;__;


[UPDATE] 25 DECEMBER 2013
Kucing tu dah pergi buat selama lamanya, maghrib semalam T.T Sedihnya tak dapat tengok dia sampai dia dah besar ;__; uhhh Sebelum tu, adik aku pegang dia, ((lebih kepada macam kendong dia lah)) tapi dia asyik mengiau je. Aku dah syak something akan jadi. Tengok muka dia pulak, dah warna kuning kuning. Aku serious cuak time tu. Aku tengok je, tak berani nak buat apa apa.

Ibu "kucing tu bagi korang berkhidmat dengan dia sekejap sebelum dia "pergi"..."

Time ibu cakap camtu, sebak kot aku. Gila sedih ah. Aku time tu macam orang takde perasaan. Kosong. Aku rasa kosong. hm.

Biarlah, "sesungguhnya yang hidup itu pasti akan mati."




HISTORY MYSTERY




Ketchap for short

Twitter Ask.fm




♥ Leave your message here ♥
Such harsh words are not allowed.
Thank you. :)




Background : Mr. Truzzy
Director/Designer : Me
Tutorial Resources : Aien
Best View : Mr. Google Chrome
Credits for Basecodes & Others :