Welcome! +Follow or Dashboard
Her Fantasy





Balik Kampung
Sunday, 15 January 2012 | Sunday, January 15, 2012 | 0 comment[s]


Assalamualaikum and heyyo evibadi !

Eh, musim sekolah ni dah nak balik kampung? Yeah, disebabkan makcik aku nak kahwin, so kitorang se-family kena balik kampung. Kena buat apa lagi kalau kat kampung tu, kena prepare untuk makcik aku tu kahwin la.

Sebenarnya parents aku nak datang hari Sabtu (semalam) tapi kitorang pi tengok abang sulung aku kat kem IKRAM dulu. Kitorang bertolak nak gi kem tu lepas solat Zohor atau Asar ( aku lupa la >.< ), sampai rumah pukul 9 malam. Betapa lah lama. Oke, apa kaitan kem abang aku tu ngan preparation wedding day makcik aku?

Mesti la ada kaitan. Balik tu, semua orang penat. Sebelum tengok abang aku tu, kitorang sebenarnya dah siap siapkan beg baju. Ingatkan lepas balik dari situ, nak terus pergi kampung, tapi ayah aku penat gila. So, mak aku cakap tidur dulu, pukul 3 , 4 pagi baru bertolak. Then, macam yang dijanjikan, mak aku kejutkan kitorang semua pukul 3++ pagi, tapi aku yang ngantuk gila time tu, bangun pukul 4. Memang kena bebel ngan mak aku la. So, dalam pukul 4.15 tu, kitorang pon tinggalkan home-sweet-home.

Sebelum sampai kampung, kitorang singgah masjid dulu, nak tunaikan kewajipan sebagai Hamba Allah waktu pepagi buta. Bila dah sampai rumah grandparents, aku and kakak aku terus serbu bilik. Kitorang rebut tilam, nak tidur ! Mengantuk gila time tu. Then, pepagi tu, orang kampung dah mula datang rumah, nak tolong apa yang patut dan tak patut (?). Tapi, aku ni bukan menolong pon. Tolong buat tahi mata ada lah! xD Pastu pastu pastu, mak aku masuk bilik tempat aku tidur, mulalah bebel kat aku. (kakak aku dah bangun) Aku memang bangun, tapi bila mak aku keluar je, terus bukkk! Baring balik.

Tetiba adik aku masuk bilik, bagi aku henpon, "weyh, kawan kau tepon" Terus aku zapppp! Laju je aku kalau ada orang tepon. hewhew. Tu pon sebaik kawan aku tepon. Kalau tak, memang sampai tengah hari la aku tidur. heisyy anak dara siapa la nih. >< Thanks la kawan, sebab jadik 'alarm' untuk aku. Tengok jam kat henpon, 9 am. Kelam kabut aku bangun, pergi dapur terus. Sebaik mak aku kat luar, tengah 'rewang'. Tapi nasib aku malang, kakak aku perasan aku baru bangun. As usual, habis dia report kat mak aku. Tak yah cakap la apa berlaku.

Tapi, time kat kampung tu, condition aku agak tak baik. Selsema. Bila dah selsema, bersin. Bila dah bersin, hidung gatal gatal. Lagi yang buat aku 'suka' , aku muntah time on the way nak ke home-sweet-home. Ewaah, kau Syaf , cakap bangga betul kan? Eh, bangga apa, tu tanda nya Allah sayang kat siapa yang ditimpa musibah. So, siapa yang di timpa musibah tu, jangan lah kecewa, sebab Allah nak ampunkan dosa kita dan sayangkan Hamba-Nya. Oke, aku rasa aku dah berjaya buat 'karangan PMR'. Panjang berjela. Rajin ke korang nak baca? Tak rajin, malas? Oke, gimme five ! Sep sep ! Yeah ! xD

Oke la, see y'alls lain masa. :D




HISTORY MYSTERY




Ketchap for short

Twitter Ask.fm




♥ Leave your message here ♥
Such harsh words are not allowed.
Thank you. :)




Background : Mr. Truzzy
Director/Designer : Me
Tutorial Resources : Aien
Best View : Mr. Google Chrome
Credits for Basecodes & Others :