Welcome! +Follow or Dashboard
Her Fantasy





Balik Kampung ( ii )
Wednesday 25 January 2012 | 1/25/2012 08:57:00 am | 0 comment[s]


( Berkaitan ngan ENTRI SEBELUM NI.  Harap maklum, entri ni panjang berjela ><)

Assalamualaikum dan selamat bercuti selama seminggu ni..! Eh, selamat pagi lah. Syafiqah ni kalau dah sekali merepek, memang sampai habis la merapu rapu cerita dia. -.- Oke la, takmo merapu lagi. Aku kat sini, dengan prihatinnya nak bertanya khabar korang semua. hehe Apa khabar blogger blogger chomey sekalian? Aku jamin ramai yang 'sihak belaka'. Well, aku pon sama, mana tak 'sihak' nya, cuti seminggu beb!

Biasanya, kalau cuti cuti camni, aku dok umah goyang tangan and mata depan komputer je. Tapi, makcik aku nak kahwin punya pasal, terus kitorang berhijrah ke Johor. Kampung titerw letterw. -.- Kitorang bertolak hari Jumaat petang. Lepas habis sekolah, kitorang dengan tangan yang berat, siap siapkan baju masuk dalam beg. Sampai kampung, cousins aku semua dah sampai. Taklah semua, sesetengah je. Eh, apa aku merepek ni? -abaikan-

Esoknya (hari Ahad), aku and kakak aku kena lah berkerja keras. Yelah, antara semua cucu nenek aku(sebelah ibu) aku and kakak aku lah cucu perempuan yang paling tua -sedihnya dengar, aku dah tua- Okeh, pagi tu kitorang tak buat apa sangat. Lepak je lebih, sambil layan lagu. Yang tolong rewang pon orang kampung je. Lepas makcik aku diijabkabulkan dengan pilihan hati dia pagi tu (kat umah je), kitorang ( me and sista ) terus chow, turun bawah pergi tempat makanan yang dihidangkan, ambil segala apa yang suka, dok kat meja, dekat ngan meja makan pengantin.

Petang tu, majlis dah habis, aku tengok adik adik sedara aku tengah basuh pinggan. Masing masing umur antara 3-12 tahun. Perghh, adik kecikku juga turun padang! Oke la, kesian tengok diorang, aku pon tolong sekali. Tapi tak lama lepas tu, terus aku fed-up. Panazz dowh! Diorang memanglah basuh pinggan, tapi main air je lebih. Habis basah baju aku. cett!

Next day pulak, kitorang semua, dari yang kecik sampai yang dah besar, kemas semula khemah khemah, meja kerusi pinggan mangkuk dan segala bagai lah. Tengah hari tu, semua orang dah penat. Ada yang 'take-a-nap'. Ada yang 'take-a-snap' and ada yang melepak ramai ramai sambil dengar lagu. << Aku la tu. Asalnya, kakak aku and cousin aku (P) yang lepak kat luar rumah. Then, aku tumpang sebadan. Yelah, kakak aku syok melayan lagu dalam phone cousin aku. Pukul 3 petang. Pakcik and cousins (L) aku semua keluar rumah and terus hilang ntah ke mana. Memula aku tak kisah. Tapi, lepas sorang daripada diorang tu balik rumah, aku tanya dia.
"Eh, korang gi mana?"
"Gi pancing ikan.."
Aku, kakak aku and cousin aku (P) tadi terus -zupppp- Laju je kitorang pergi tempat pancing diorang tu. Pacik aku dapat lima ekor ikan haruan. Pastu, aku tengok cousins aku yang lain (termasuk abang aku sendiri) takde hasil pon. Lepas dah agak penat, kitorang angkat kaki, balik rumah. Sampai je rumah, aku tengok sorang cousin aku takde. Eh, kau jangan nak main sorok sorok la brother. Tapi, aku buat tak kesah je. Pepandai la kau nak balik. Tapi tak lama lepas tu, dia balik sambil terengih sengih. Ha, tu mesti ada pape tu. Yess, memang pon. Dia dapat sekor ikan haruan. Perghh, bangga la kau. Tapi, lewat petang tu, dia tak puas puas gak nak pancing. okeh la tu, dapat lagi sekor ikan. So, campur dengan ikan pakcik aku, ada tujuh semuanya. Hey, aku memang tabik kat korang semua yang dapat pancing ikan. Especially cousin aku tu, congrates Iwan! Hebat gak kau eh.

Hmm, eksaited kemain aku sampai entri ni dah panjang macam jambatan Pulau Pinang pon aku boleh tak perasan gak. Yelah, lima hari perkara yang berlaku kat kampung, aku nak cerita dalam satu entri. Memang lah panjang berjela. Haihh, sebenarnya banyak lagi yang aku nak cerita, tapi keadaan cemburu ngan aku, tu la pasal dia tak izinkan. -merepek dan merapu itu memang saya- So, kalau korang rasa nak cakap aku ni tahpape, silakan~ (: K lah, chiaw. Wassalamualaikum wbt. :D



HISTORY MYSTERY




Ketchap for short

Twitter Ask.fm




♥ Leave your message here ♥
Thank you. :)




Background : Mr. Truzzy
Director/Designer : Me
Tutorial Resources : Aien
Best View : Mr. Google Chrome
Credits for Basecodes & Others :