Welcome! +Follow or Dashboard
Her Fantasy





Cara Jawab Soalan 'Bodoh'
Wednesday, 16 November 2011 | Wednesday, November 16, 2011 | 0 comment[s]

Assalamualaikum wbt
Kali ni aku nak share pasal cara jawab soalan yang agak bodoh..Yelaa..sekarang ni kan ramai orang yang tanya soalan yang dah jelas dan nyata kita tak perlu jawab..(Tak paham? Buat-buat paham dah lerr) 
 Enjoy yea ! 

Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak anda lalu bertanya :
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab : "Taklah, aku tengah tunggu helikopter, lambat pulak hari ni yea.." 

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan roommate anda bertanya :
"Kau nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah, aku nak gi main layang-layang jap, kau nak join ke?"

Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur :
"Aik? Tulis surat nampakk..?"
Jawab : "Oh yeke? Aku tulis surat ke? Aku tak perasan lak..Tangan aku ni bergerak sendiri"

Anda sedang makan nasi dan orang tegur : 
"Makan nasi..?"
Jawab : "Kau ada mata ke tak? Kan aku tengah minum teh ais ni..?"

Pukul 6.30 petang, anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanya :
"Baru balik dari kerja?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak gi kerja la ni..Ofis saya dah pindah kat umah, dan umah saya ni dah pindah kat ofis.."

Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur :
"Eh, kau sibuk ke?"
Jawab : (Tak payah jawab..perhatikan muka dia, pastu 'kompang' sikit pipi dia)

Anda sedang menonton TV cerita Melayu, rakan anda datang lalu bertanya : 
"Eh, kau tengok cerita Melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, ni kan cerita Ultraman Taro menentang Raksasa dari Planet Kabuto..Kau tunggu jap, nanti Ultraman ni keluar jap lagi.."

Anda berada di dalam tandas dan pintu berkunci, tetiba ada orang bertanya :
"Ada orang kat dalam ke?"
Jawab : (sambil wat suara kiut, anda harus jawab..) "Eh, tak..takde..Ni taik bercakap.."

Anda sedang baring di atas tilam, dah sedia nak tidur, lalu roommate anda tegur :
"Eh, nak tidur dah ke?"
Jawab : "Taklah, aku tengah training cara nak mati ni haa.."


~Haha its a joke only, hope u'll enjoy!~  =)







HISTORY MYSTERY




Ketchap for short

Twitter Ask.fm




♥ Leave your message here ♥
Such harsh words are not allowed.
Thank you. :)




Background : Mr. Truzzy
Director/Designer : Me
Tutorial Resources : Aien
Best View : Mr. Google Chrome
Credits for Basecodes & Others :